AHLI politik sering kali memainkan isu terpencil yang dilihat mampu membawa kepada perpecahan dalam kalangan rakyat di negara ini, kata pemimpin MIC.

Menurut Punithan Paramsiven perbuatan tersebut adalah jelas menunjukkan bahawa mereka ini tidak matang di dalam politik.

Tindakan tersebut juga adalah bertujuan mahu memberi anggapan bahawa mereka ini adalah jaguh di dalam parti masing-masing, kata ahli majlis tertinggi pusat parti MIC itu.

“Bila cakap pasal perpaduan ini, bukan sesiapun yang menjadi masalahnya.

“Tetapi ahli politik , sukatan pelajaran ke sistem pelajaran ke vernakular, sekolah kebangsaan tidak menjadi masalah.

“Tapi yang menjadi puncanya adalah berkenaan politik. Terima fakta yang politik yang memecahkan kita,” katanya ditemui pada sesi wawancara di studio Nothing To Hide, semalam.

Menurut beliau lagi, sebelum ini rakyat hidup dalam keadaan harmoni tanpa adanya sikap provakatif.

Namun sejak tahun 1998 perkara ini menjadi barah kerana ada dalam kalangan ahli politik yang menggunakan sentimen perkauman di dalam meraih sokongan, ujarnya.

“Semua baik sahaja saya tidak lihat dari dulu. Tetapi perkara ini dilihat bermula pada 1998.

“Sebelum ini tidak ada org yang mainkan isu ini kecuali selepas (tahun tersebut).

“Itu baru politik negara makin rancak pada waktu itu, kemudian semua hendak jadi hero.

“Insiden tersebut secara jelas menunjukkan bahawa yang rasis ini adalah ahli politik sahaja,” katanya.

Sementara itu, beliau turut bersetuju mengenai usul yang dibawa oleh pemuda PAS untuk mewajibkan pendidikan bahasa Tamil di peringkat sekolah kebangsaan.

Menurut Punithan ianya secara jelas menunjukkan bahawa parti yang memperjuangkan Islam itu tidak rasis.

Kata-kata daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengaitkan PAS berat sebelah ternyata tidak benar sama sekali.

“Dia menunjukkan bahawa PAS ini tidak rasis, dan menyerlahkan bahawa kita boleh bekerjasama dengan PAS , itu sahaja yang lebih penting,” katanya.

Baru-baru ini Dewan Pemuda Pas Pusat mengusulkan supaya mata pelajaran Tamil dijadikan sebagai subjek wajib di sekolah-sekolah kebangsaan di negara ini.

Malah ketuanya, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata cadangan itu dibangkitkan oleh Dewan Pemuda Pas Pusat supaya dimasukkan dalam manifesto pilihan raya parti itu selepas ini.

“Langkah ini supaya berlakunya integrasi nasional yang mana bahasa merupakan antara faktor ke arah mewujudkannya. – NTHQiBord, 28 Jun, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.