GEMPAR hari ini mengenai satu gambar sidang media Latheefa Koya yang dimuat naik sendiri oleh Laman Facebook Rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bukan pengisian sidang media yang gempar, sebaliknya seragam Latheefa Koya yang penuh dengan reben perkhidmatan seolah-olah telah berkhidmat berpuluh tahun lamanya.

Latheefa Koya, Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru dilantik tidak sampai sebulan sejak 4 Jun 2019 memakai seragam lengkap SPRM dengan pelbagai baris reben perkhidmatan dikritik netizen, selain mendapat maklum balas dari Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa melalui Twitternya hari ini.

Mungkin atas prinsip integrity, accountability dan transparency badan yang penting ini, SPRM boleh perincikan bintang kebesaran KP SPRM yang beliau pakai pada pakaian rasmi SPRM,” kata Annuar.

Annuar Musa turut berkata SPRM harus memperincikan reben perkhidmatan atau bintang kebesaran ketua pesuruhjaya badan itu yang mula dipertikaikan pengguna maya.

Manakala seorang pengguna Facebook yang bernama DonJuan DeRyezal melalui satu hantaran Facebooknya hari ini juga menulis, reben perkhidmatan ini mudah di dapati di Shoppee dengan harga hanya RM10.00! – NTHQiBord, 28 Jun, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.