BANGSA DAP tidak akan pernah tenang selagi segala agenda Bumiputera dihapuskan.

Baik sebelum mereka berkuasa, apatah lagi kini sudah memerintah negara.

Agenda bangsa cauvinis ini tidak sesekali akan pernah berubah.

Dengan Lim Guan Eng sudah memegang Kementerian Kewangan, matlamat mereka kini semakin jelas apabila syarikat Bumiputera menjadi sasaran utama Menteri Bangsa DAP itu.

Pendedahan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Dato’ Azwanddin Hamzah mengenai kerakusan Guan Eng cuba menghapuskan syarikat Bumiputera amat membimbangkan.

Menurut beliau, hampir 60 syarikat Bumiputera sudah mengadu kepada JMM tentang kerakusan Guan Eng di menutup rezeki mereka.

Antara tindakan keji yang dilakukan Guan Eng termasuk menghapuskan dan membatalkan kontrak kepada syarikat Bumiputera yang sudah dapat kelulusan sebelum ini.

Lebih jijik lagi, Guan Eng kini giat memasukkan kroni-kroni dari Bangsa DAP untuk mendapatkan projek dari kementerian itu.

“Tindakan ini seolah-olah jelas menunjukkan Guan Eng mahu membalas dendam dengan menggunakan cara yang amat halus dan secara perlahan-lahan menyisihkan syarikat Bumiputera ini.

“Ianya seolah-olah menjadi medan membalas dendam dan ingin membunuh syarikat Bumiputera yang selama ini amat baik dalam menguruskan projek di bawah Kementerian Kewangan.

“Malah dendam ini menjejaskan syarikat Melayu yang banyak menerima pujian antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azwanddin memberi amaran bahawa 200 syarikat Bumiputera akan gulung tikar jika sikap dendam dan angkuh Guan Eng dibiarkan.

“Banyak kertas kerja projek yang dibatalkan juga tanpa ada sebarang penjelasan dan adakah ini merupakan satu titik permulaan ancaman kepada syarikat dan ekonomi  Bumiputera.

“Jika berterusan, sudah pasti dendam Bangsa DAP ini akan mengancam ekonomi Bumiputera,” tegasnya. – NTH

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.