SUDAH dua minggu sejak aksi panas dua lelaki Melayu di atas ranjang tersebar di media sosial dan menjadi bualan seluruh dunia.

Seorang daripadanya, Haziq Abdullah Abdul Aziz sudah dipanggil polis untuk siasatan.

Majikannya juga, Kementerian Industri Utama sudah memecat pelaku gejala luar tabiie itu.

Partinya, PKR pula sekadar menggantung keahlian Ketua AMK PKR Santubong itu sementara menunggu siasatan polis.

Peliknya, Haziq sudah terang-terangan mengaku melakukan hubungan homoseks itu dan menuduh pasangannya adalah Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Azmin nafi beliau terlibat dalam penyebaran video lucah itu dan menganggap isu itu sebagai politik jijik untuk menjatuhkannya.

Haziq pula terus menuduh Azmin sebagai dalang dalam isu itu dan dia disiasat di bawah empat kesalahan iaitu Seksyen 292 (mengedar bahan lucah), Seksyen 504 (sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan), Seksyen 377B Kanun Keseksaan (melakukan persetubuhan luar tabii) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Akta Fitnah 1957

Secara logiknya, Haziq berulang kali menuduh atau dalam erti kata lain memfitnah Azmin sebagai pasangannya dalam video itu.

Tuduhan Haziq terhadap Azmin adalah satu perkara serius kerana memalukan pemimpin negara tetapi peliknya dia tidak disiasat di bawah Akta Fitnah 1957.

Antara definisi fitnah itu adalah merosakkan reputasi diri seseorang dalam mana-mana jawatan, profesion atau perniagaan.

Selain itu fitnah juga membawa maksud merosakkan kredibiliti seseorang.

Dua elemen ini jelas wujud dalam tuduhan yang dilemparkan Haziq terhadap Azmin.

Mengikut undang-undang, Haziq boleh dikenakan tindakan mengikut Kanun Jenayah (Penal Code) Seksyen 499-502.

Secara amnya seksyen itu melibatkan fitnah terhadap pegawai kerajaan dalam kapasiti rasminya atau seseorang yang mungkin boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Jadi kenapa polis tidak menyiasatnya di bawah seksyen tersebut?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.