BIADAP! Itu ungkapan pertama yang mampu diungkapkan apabila melihat lakaran potret Arwah Muhammad Adib Mohd Kassim diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Adib, yang meninggal dunia pada 18 Disember tahun lalu akibat dari rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 dikenang sebagai hero yang sentiasa terpahat di hati rakyat Malaysia. Peristiwa yang menimpa anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia itu meninggalkan pelbagai isu perdebatan dan punca kematiannya masih menjadi tanda tanya.

Lukisan mural yang memaparkan wajah Adib itu terdapat di bawah jejambat berhampiran balai bomba Seksyen 15, Shah Alam, telah disembur dengan cat semburan berwarna hitam.

Terdahulu, lukisan itu dilukis hitam dan putih sebagai tanda memperingati pegawai bomba itu baru sahaja tular 23 Jun lalu, namun sudah ‘dikerjakan’ oleh si pelaku.

Perbuatan ini jelas tidak menghormati hero negara yang telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatannya dan kebencian masih tumbuh membatasi ihsan yang sepatutnya ada dalam diri setiap rakyat Malaysia.

Netizen turut menyuarakan perasaan hiba dan geram dengan tindakan pelaku serta merasakan perbuatan menconteng potret arwah Adib satu tindakan yang sangat tidak bermoral. – NTHQiBord, 28 Jun, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.