BARU-baru ini seorang senator daripada Kelantan didenda di Mahkamah Syariah negeri itu, di atas sabitan kesalahan berkahwin di luar negara.

Menurut sumber, pemimpin yang bergelar ‘datuk’ daripada parti Amanah itu bagaimanapun bertindak melarikan diri daripada wartawan dengan melalui pintu belakang mahkamah.

Perkahwinannya itu itu dilakukan di Australia pada beberapa tahun lalu.

Turut  dibantu oleh rakannya dari parti yang sama,merupakan pengerusi Amanah di Pengkalan Chepa.

Dipercayai isteri kepada senator berkenaan adalah seorang mualaf dan mereka dikurniakan seorang anak hasil daripada perkahwinan tersebut.

Perkara itu disahkan oleh pertubuhan bukan kerajaan yang membantu wanita tersebut.

Persatuan Cina Muslim Malyasia (MAMCA) melalui setiausaha kehormatnya, Ann Abdullah memaklumkan keprihatinan tersebut adalah usaha untuk menjaga kebajikan wanita berkenaan dan untuk memelihara kesucian agama Islam.

Ann juga akan mengaturkan pertemuan di antara isteri senator berkenaan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan untuk meneliti fail kes berkenaan.

Datuk berkenaan bagaimanapun sebelum ini tidak pernah mengakui perkahwinan tersebut dengan wanita mualaf berkenaan.

Walaupun senator tersebut diasak oleh keluarganya untuk bersumpah dia mengelak daripada melakukannya.

Pemimpin berkenaan juga sebelum ini turut dipercayai pernah dilaporkan ditangkap khalwat di Sri Hartamas.

Bagaimapaun perkara tersebut tidak didedahkan kepada umum. – NTHQiBord, 28 Jun, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.