DEBAT yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia yang menyaksikan pertembungan antara pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung bersama peguam kontroversi Siti Kasim akhirnya tidak menjadi kenyataan.

Semua ini adalah disebabkan sikap Siti Kasim yang berdolak dalih mencari pelbagai alasan supaya debat tersebut tidak dapat diteruskan.

Firdaus melalui wakilnya telah menghantar mesej peribadi Whatapps kepada  Siti untuk memaklumkan berkenaan tajuk dan maklumat lain yang sepatutnya diketahui oleh aktivis sosial itu.

Namun tindakan itu dipersoal oleh Siti, malah dia berkata tidak mahu berkomunikasi dengan sesiapun kecuali Firdaus.

“Saya hanya akan berkomunikasi dengan Firdaus, saya tidak ada orang tengah. Hanya saya sahaja,” katanya di hantaran Facebook.

Enggan diganggu, Siti kemudian bertindak menyekat wakil tersebut di Whatapps.

Kemudian sebagai tindak balas yang lainnya, peguam tersebut melalui hantarannya berkata dia tiada masa untuk melayan pelbagai kehendak pendakwah tersebut.

Katanya lagi dia hanya berminat untuk melakukan debat melalui siaran langsung di Facebook.

Tambah Siti dia tidak mahu membazirkan wangnya untuk urusan yang tersebut, malah hanya mahu menggunakan kecanggihan teknologi sedia ada.

Oleh itu, adalah lebih baik untuk menggunakan saluran media sosial yang ada ini, katanya.

Selepas itu, Firdaus menggunakan mesej peribadinya berkata dia hanya berminat untuk mengadakan debat terbuka seperti yang dipersetujui oleh Siti sebelum ini.

Tambah Firdaus, Siti boleh membawa rakan-rakannya untuk menyaksikan perdebatan tersebut walaupun ada dalam kalangan mereka yang bermulut celupar.

“Debat antara kami perlu dilakukan di dewan@auditorium yang boleh memuatkan 300 orang dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

“Saya juga tidak akan melakukan serangan peribadi terhadap Cik Siti Kasim sebagaimana beliau & penyokongnya menyerang keperibadian saya.

“Prinsip Islam yang mementingkan ketinggian adab dan akhlak tetap akan saya ikuti.

“Kita akan pastikan hujah dibalas hujah bukannya jeritan dan pekikan,” katanya memetik hantaran di Facebook.

Namun begitu Siti dengan sinisnya berdolak dalih berkata dia tidak mempunyai masa untuk terlibat dengan debat berkenaan.

Malah dia semasa hantaran di mesej peribadi berkata Firdaus sebenarnya mahu mencari publisiti murahan untuk menyebarkan agenda extremis.

Bagaimanapun Firdaus kemudian mencabar Siti untuk mengulangi tuduhan ‘agenda ekrimisi’ itu di laman Facebooknya sekiranya apa yang dikatakan itu benar.

“Tulis semula tuduhan ‘extremist agenda’ Cik Siti Kasim terhadap saya di media sosial dalam masa 24 jam kalau anda berani!

“Kalau tidak berani maka anda penipu dan anda menipu masyarakat. Kalau anda berani saya akan saman anda kerana fitnah!” katanya.

Sementara itu Firdaus turut berkata bahawa Siti hanya pandai membuat cabaran berdebat namun akhirnya dia sendiri yang memberi seribu satu alasan untuk menolaknya.

“Setelah Siti Kasim mencabar saya untuk berdebat yang diterima oleh saya.

“Kemudian beliau berdolak dalih selama beberapa hari dengan seribu satu alasan, akhirnya ‘GAME OVER’. – NTHQiBord, 28 Jun, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.