KHAIRUDDIN Abu Hassan digelar sebagai ‘bapok tua’ oleh Ummi Hafilda Ali selepas ahli PKR itu mengecam wanita tersebut kerana tidak mempertahankan Azmin Ali yang terpalit isu video songsang.

Dalam pendedahan menerusi Facebook itu, Ummi menyifatkan Khairuddin sebagai individu yang suka mencari publisiti murahan apabila berbaik-baik dengan keluarganya ketika kes melawan Anwar Ibrahim pada 1998.

Selain itu, Ummi berkata Khairuddin merupakan seorang kaki penipu yang sering menjual nama pemimpin untuk kepentingan dirinya.

“Berapa banyak tauke-tauke Cina yang kau tipu dengan jual nama Tun (Mahathir) dan nama Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) konon Pak Lah saudara kau..Anwar saudara kau… banyak kau tipu…

“Dato KK Presiden Brand Laurette Malaysia sampai mengadu pada aku yang kau tipu dia punya banyak sampai tergadai rumah maknya.

“Itu belum lagi cerita kau tipu Hamizura Osman sebanyak RM100,000 siap bagi cek tendang yang akaun bank pun dah tutup lama sampai mangsa buat laporan polis baru kau kelam kabut cari dia dan janji bayar sikit sikit,” katanya.

Tentang Azmin, Ummi berkata keretakan hubungan mereka berdua tidak melibatkan soal hubungan adik beradik.

“Ini soal hala tuju negara yang amat kritikal..kepada siapa negara ini harus diserahkan.

“Bala pada ummah dan seluruh negara jika kira menghalalkan cara membenarkan orang main belakang (gay) jadi perdana menteri,” katanya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.