VIRAL di media sosial berkenaan seorang bapa yang meluahkan rasa tidak puas hatinya berkenaan mereka yang dipaksa untuk membuat akaun kad debit untuk anak masing-masing.

Menerusi penjelasan di video tersebut, lelaki berkenaan dipercayai menghadiri satu sesi penerangan untuk menjelaskan tujuan kad itu dilakukan.

Melihatkan kepada situasi di dalam rakaman tersebut, suasananya menunjukkan sesi penerangan itu dilakukan di sebuah sekolah.

Katanya penggunaan kad debit tersebut adalah untuk memudahkan urusan jual beli di sekolah dengan hanya menggunakan kad, iaitu tanpa tunai.

Lelaki berkenaan dipercayai adalah salah seorang bapa yang mempunyai anak yang belajar di sekolah berkenaan.

Dia turut mengkritik pelaksanaan program tanpa tunai itu yang dikatakannya menyusahkan ibu bapa.

“Ini lah Kementerian Pendidikan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) , dia hendak paksa ibu bapa dan pelajar untuk buat debit kad UOB pulak.

“Ini semua untuk menyusahkan rakyat lagi ini adalah menteri pendidikan yang pendek yang bodoh jadi menteri.

“Kononnya cashless ..sedangkan Touch ‘N Go mempunyai perkhidmatan yang lebih cemerlang dan lagi mudah.

“UOB ini mesin pengeluaran wang automatik (ATM) pon berapa kerat je yang ada,” katanya.

Tambahnya, dia turut menyalahkan penyokong PH yang mengundi parti berkenaan pada pilihan raya umum.

Dalam pada masa yang sama dia turut mempertikai penggunaan bank berkenaan, sedangkan lebih banyak bank lain yang boleh ditawarkan.

Lelaki berkenaan turut meminta supaya videonya itu untuk diviralkan supaya ianya turut mendapat perhatian daripada ibu bapa lain.

“Kita kena ambik UOB kad pulak, kalau Maybank takpalah.

“Ini terjadi kepada semua sekolah, kepada sekolah anak saya jugak. Sila viralkan video ini,” tegasnya.

Untuk makluman UOB adalah syarikat perbankan multinasional yang berasal dari Singapura yang beribu pejabat di negara berkenaan.

Namun membuka operasinya di Kuala Lumpur secara rasmi dari tahun 1956. – NTHQiBord, 28 Jun, 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.