LEPAS satu-satu kerja gila dibuat oleh Pakatan Harapan (PH).

Kali ini, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran pula buat hal.

Semalam, Menteri DAP ini berkata kerajaan pertimbang untuk ambil pekerja asing dari Afrika bagi bagi menampung keperluan tenaga pekerja asing dalam sektor perladangan pada masa akan datang.

Alasannya, pekerja asing dari Vietnam dan Indonesia tidak mahu lagi datang untuk bekerja di negara ini disebabkan gaji yang diterima tidak jauh berbeza dengan negara asal.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan duta negara Afrika baru-baru ini dan mereka akan mendapatkan pandangan daripada kerajaan di negara itu mengenai perkara berkenaan.

“Ini satu permulaan dan kita akan melihat kesesuaian (pekerja asing dari negara Afrika) kerana pihak kementerian ada menerima permintaan daripada majikan yang mahukan pekerja dari negara itu untuk bekerja dalam sektor perladangan,” katanya.

Seperti biasa, cadangan kurang cerdik seperti ini mendapat kecaman teruk dari netizen.

Antaranya, netizen menyuarakan kebimbangan masalah yang akan dicetuskan pekerja asing dari Afrika memandangkan golongan itu sudah banyak mencetuskan masalah di negara ini.

Rakyat Afrika atau nama popularnya, Awang Hitam bagi penduduk Malaysia, sering dikaitkan dengan sindiket penipuan ‘Blacok Money’, ‘Love Scam’ dan aktiviti jenayah yang lain.

Ada juga netizen menggesa agar Tun Mahathir Mohamad memecat Kulasegaran kerana sering mengeluarkan kenyataan yang kurang cerdik.

Sebelum ini, Menteri DAP itu mencetuskan kemarahan orang Melayu kerana menggelar penduduk majoriti negara ini sebagai ‘kaum pendatang’.

Kulasegaran juga pernah menyatakan cadangan untuk melarang khidmat tukang masak asing tetapi kemudiannya menarik balik kenyataan bodoh itu. – 29 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.