CADANGAN Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran yang mahu membawa masuk pekerja asing dari Afrika satu cadangan yang tidak berapa cerdik dan akal singkat.

Demikian menurut pendapat Paduka Ayahanda Azhar Mohamad, Presiden Skuad Badar dan Aktivis Alam Sekitar ketika dihubungi.

“Saya berpendapat carilah jalan lain yang lebih baik. Sepatutnya utamakan
tenaga rakyat tempatan yang masih banyak menggangur,” kata Azhar.

Azhar juga menyarankan kerajaan boleh sahaja memberi ruang kepada rakyat tempatan dari Sabah atau Sarawak, berbanding warga Afrika yang bakal mengalirkan wang keluar.

Tambahan pula, berdasarkan pengalaman sebelum ini warga Afrika banyak mendatangkan masalah kepada negara termasuklah terlibat dengan dadah, pelacuran, perdagangan manusia dan juga black money.

Banyak juga kes pergaduhan sesama mereka dan tindakan mengganggu warga tempatan.

Selain itu, perlbagai penyakit yang luar biasa mungkin akan merebak di negara ini. Kajian secara terperinci harus dibuat sebelum membuat sebarang keputusan.

Sementara itu Presiden SEDAR Malaysia, Nazrin Norani mempertikaikan kenapa warga Afrika yang dicadangkan.

“Adakah ada sebab-sebab lain, seperti peluang sesetengah kroni dapat peluang pelaburan di negara Afrika terbabit?” soal Nazrin.

Beliau berpendapat, walaupun Malaysia ada masalah kekurangan pekerja sektor peladangan dan pembinaan. Tetapi kerajaan kena ambil kira kesan sosial kebanjiran warga asing.

Bahkan ketika ini sudah banyak masalah akibat ramainya pekerja asing daripada Bangladesh, India, Vietnam, Indonesia. Termasuk kes yang membabitkan warga Afrika.

Kerajaan mesti mengkaji secara terperinci sebelum melaksanakan cadangan tersebut dari segi baik dan buruknya.

Bagi Ng Lum Yong, bekas ahli Majlis Tertinggi PKR, untuk membawa pekerja Afrika bukanlah suatu perkara yang mudah.

Bahkan, jumlah kehadiran warga asing ketika ini sudah terlalu ramai. Sebahagian mereka datang bukan untuk bekerja, tetapi untuk berniaga.

“Rekod kehadiran warga Afrika di negara ini tidaklah begitu baik, sehinggakan ada sesetengah kolej tidak mahu mengambil pelajar dari benua tersebut.” Kata Ng.

Ng menggesa menteri terbabit membuat kajian dahulu sebelum mengemukakan cadangan, khusus kajian terhadap syarikat dan majikan tentang keperluan mengambil warga asing.

Jangan suka-suka melontarkan sesuatu idea untuk meraih populariti politik, selar Ng.

Kelmarin, M Kulasegaran membuat cadangan tersebut bagi memenuhi kekurangan tenaga dalam sektor pertanian.

Alasan beliau ialah pekerja asing dari Vietnam dan Indonesia tidak lagi berminat bekerja dalam sektor tersebut kerana gaji yang diterima tidak jauh beza dengan nilai mata wang di negara asal mereka.

Sebenarnya, nilai gaji yang rendahlah punca warga tempatan kurang berminat bekerja dalam sektor peladangan, bukan sebab malas atau memilih kerja. – NTHQiBORD 29 Jun 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.