Ketua Pembangkang itu berkata, DAP adalah watak utama yang dilihat telah membuat perancangan rapi terutama dalam mengganggu gugat hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

MENELITI senarai 122 “Pertanyaan Bagi Jawab Lisan” yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Parlimen yang terkandung dalam “Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat” untuk “Hari Isnin, 1 Julai 2019” (esok), saya teruja dengan pertanyaan dua Ahli Parlimen PAS, iaitu:

Pertanyaan 22. PR-1422-L05387: Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (SIK) minta Perdana Meneri menyatakan apakah pihak kerajaan mempunyai perancangan meminda akta Mahkamah Syariah untuk mengangkat kedudukan Mahkamah Syariah setanding Mahkamah Sivil khususnya Akta 355 Mahkamah Syariah.

Pertanyaan 51. PR-1422-L05342: Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan perkembangan semasa 63 resolusi Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara.

Dalam konteks Kelantan pula, dua pertanyaan yang sangat bagus adalah:

Pertanyaan 62. PR-1422-L05427: Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari (PASIR MAS) minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan status pembayaran royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Kelantan seperti yang telah dijanjikan setelah Kerajaan Kelantan secara rasmi menarik balik saman yang telah difailkan ke atas PETRONAS dan Kerajaan Persekutuan pula sebagai pencelah sekaligus sebagai defendan kedua sebelum ini.

Pertanyaan 90. PR-1422-L04971: Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed (JELI) minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan status terkini pelaksanaan lima projek utama di Kelantan yang diumumkan sewaktu lawatan kerja ke negeri tersebut pada 8 Mac 2019. Apakah ada sebarang perancangan untuk menyegerakan pelaksanaan projek-projek ini.

Begitupun, saya sangat terkejut dengan Pertanyaan 40 yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen DAP Labis, Pang Hok Liong, yang “Minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada nombor plat “TMJ” dan “RZ” telah didaftarkan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan sebagai pendaftaran kenderaan yang sah oleh mana-mana pihak dan sekiranya tidak, sama ada kenderaan-kenderaan yang mempunyai nombor plat itu dibenarkan di atas jalan raya.”

Tertanya-tanya apakah kerelevanan soalan ini dengan permasalahan hidup rakyat atau kemajuan ekonomi negara kerana, mengikut carian internet:

(1) Nombor plat “TMJ” adalah digunakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris.

(2) Nombor plat “RZ” adalah digunakan oleh Sultanah Johor, Raja Zarith Sofiah.

Apakah DAP mahu mencari gaduh dengan Istana Johor bila membangkitkan pertanyaan sama ada nombor plat “TMJ” dan “RZ” telah didaftarkan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan sebagai pendaftaran kenderaan yang sah?

Sudah terlalu kuatkah agaknya DAP hingga berani “melanggar” atau cuba memalukan Istana Johor? – 30 Jun, 2019.

DR KAMARUL YUSOFF,
Pensyarah Universiti Utara Malaysia.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.