BUKAN kali pertama Rais Yatim menegur Menteri DAP, M Kulasegaran.

Dulu bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu pernah menyifatkan Kulasegaran hilang kredibiliti kerana tidak pandai ‘membawa diri’ sejak menjadi anggota Kabinet.

Kali ini Rais bersuara lagi dengan lebih keras.

Beliau menggesa meminta agar Menteri Sumber Manusia itu ‘berhenti’ sebelum rakyat menghentikannya.

“Hentikan (cadangan) bawa orang Afrika ke negara kita. Cukuplah dengan Bangladesh, China, Pakistan dan India.

“YB Kula. Sila hentikan sebelum rakyat menghentikan anda,” katanya.

Rais juga menasihati Kulasegaran agar memikirkan soal gaji rakyat.

Kelmarin, Kulasegaran mencetuskan cadangan kurang cerdik apabila mempertimbangkan untuk mengambil penduduk Afrika sebagai pekerja asing bagi menggantikan pekerja Indonesia dan Vietnam.

Cadangan Kulasegaran itu mengundang kecaman ramai pihak terutamanya rakyat yang menyifatkan ia sebagai idea bodoh yang diberikan oleh Menteri Pakatan Harapan.

Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad ketika mengulas ‘kebodohan’ Kulasegaran itu menyifatkan ia hanya satu cadangan dan belum tentu akan dilaksanakan. – 30 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.