SEPERTI sudah dijangka, Menteri Pakatan Harapan (PH) memang pakar membuat u-turn.

Bila teruk dikecam kerana keluarkan idea bodoh, dengan mudah mereka akan buat u-turn dan salahkan pihak lain.

Macam kes M Kulasegaran bila cadang idea bawa pekerja asing dari Afrika untuk kerja di sektor perladangan.

Semalam dia cadang, hari ini dia gugurkan pula idea kurang cerdik itu selepas teruk kena ‘hentam’ dengan rakyat.

Tapi sambil u-turn, sempat lagi dia nak selamatkan diri kononnya kenyataan dia itu disalah tafsir dan lari dari maksud sebenar.

Malah katanya akibat akur dengan jawapan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, maka dia gugurkan idea ‘bodohnya’ itu.

Dia bagi alasan disebabkan Malaysia banyak melabur di Afrika, maka sebab itu penduduk benua itu jadi pertimbangan untuk dibawa ke negara ini.

Mujur ideanya itu disekat Tun Mahathir, kalau tidak mesti Kulasegaran akan teruskan juga usaha bawa masuk pekerja Afrika ke negara ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.