BAKAL perdana menteri, Anwar Ibrahim dipercayai dimaki seorang wanita ketika menghadiri sambutan Aidilfitri di Sungai Petani semalam.

Insiden itu tersebar di aplikasi WhatsApp dengan gambar seorang wanita Melayu bertudung merah di kelilingi orang sekumpulan orang lain dan polis.

Antara mesej yang disebarkan berbunyi;

“Semasa majlis rumah terbuka Pakatan Harapan pada 29/6/2019 di Taman Keladi Sg Petani Kedah, seorang perempuan Melayu telah mengamuk dan menyerbu kearah DSAI.

“Sambil menjerit dan menunjuk jari kearah “Anwar Kamu tak guna”.

“Dia memarahi Anwar sebab tak suka pada Anwar yang sentiasa merosakkan negara. Kehadiran polis yang mengawal telah berjaya menghalang wanita tersebut dari terus menyerang DSAI.”

Bagaimanapun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim. – 30 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.