APA sudah jadi?

Baru beberapa jam sesi persekolahan di kawasan Pasir Gudang dibuka semula, pelajar dan guru kembali terancam dengan gangguan kesihatan di kawasan sama.

Sebanyak 111 buah sekolah rendah dan menengah di Pasir Gudang mula dibuka semula pada hari ini setelah ditutup semenjak Selasa lepas.

Kali ini, 30 orang pelajar dan guru daripada 15 buah sekolah di Pasir Gudang dirujuk ke klinik kesihatan berikutan mengalami simptom muntah dan pening-pening pagi tadi.

Bagaimanapun sesi pembelajaran tetap diteruskan walaupun insiden gangguan kesihatan berlaku dipercayai akibat pencemaran di kawasan tersebut.

Ini merupakan kali ketiga gangguan kesihatan berlaku di kawasan sama sejak kali pertama berlaku pada awal tahun ini.

Kejadian pertama berpunca akibat pencemaran Sungai Kim-Kim disebabkan sikap pengurusan kilang membuang bahan kimia di sungai tersebut.

Insiden itu menyebabkan beribu-ribu penduduk terjejas selama beberapa hari sebelum diisytiharkan selamat untuk didiami semula.

Namun dua minggu lalu, masalah yang sama berlaku apabila sejumlah pelajar mengalami sesak nafas akibat bau ganjil dipercayai hasil bahan kimia yang tidak dimusnahkan sebetulnya.

Kerajaan mengarahkan semua 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup selama empat hari ekoran masalah itu.

Bagaimanapun hari ini, masalah yang sama berulang. – 30 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.