PELBAGAI reaksi diterima apabila Datuk Seri Zahid Hamidi umum untuk kembali menjalankan tugas Presiden UMNO.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan peranan Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat yang selama ini menggalas tugas Ahmad Zahid.

Bagaimanapun tidak ramai yang setuju dengan kepulangan Ahmad Zahid.

Dalam Facebook miliknya sendiri, Zahid Hamidi, sesetengah netizen kurang senang dengan pengumuman Ahmad Zahid itu.

Sebagai contoh, pengguna Facebook bernama Noah Harrison berharap Tok Mat terus menerajui UMNO dan berharap parti itu tidak mengulangi kesilapan sama.

“Kami dalam UMNO ni masih kekal dengan UMNO sebab ada Tok Mat je.

“Tok Mat je yang kami nampak lebih disukai dan diyakini ramai utk mengembalikan semangat UMNO yang musnah sebab hencapan fitnah.

“Dengar la sikit kami yg marhaen ni. Dont repeat the same mistake like all you did zaman dulu dulu – being stubborn, degil tak nak dengar cakap rakyat marhaen ni.

“We want Tok Mat to resume being the President – and none others,” katanya.

Ada juga menasihati Ahmad Zahid agar menumpukan kes yang sedang dihadapi di mahkamah.

“Udah2 lah..bagi tok mad lah..Better wak tumpu kes mahkamah tu..UMNO makin kuat bawah tok mad,” kata Msnunzfz Alamin.

Bagaimanapun tidak kurang juga yang menyambut kepulangan Ahmad Zahid.

“Terbaik DS Presiden Umno….teruskan perjuangan demi ummah..agama bangsa dan tanahair…..kerana DS Presiden tak nak bubarkan umno maka PM 7 kuku besi panas bontot…rata2 netizen diluar sana tak tau pengorbanan DS mempertahankan umno…..takbirrrr!!!!!,” kata Kamal Misri.

“Alhamdulillah..ini dia Perdana Menteri Malaysia yg berjuang demi agama bangsa dan negara.,” kata Sapian Abu Sop. – 30 Jun 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.