KEPULANGAN Ahmad Zahid Hamidi memimpin UMNO bukanlah berita menggembirakan untuk semua pihak.

Jika tidak, kenapa netizen mengecam Ahmad Zahid apabila umum galas kembali tugas Presiden yang selama ini dijalankan dengan baik oleh pemangkunya, Mohamad Hasan.

Tapi masih ada yang masih berharap kepulangan Zahid itu tidak memecahkan parti tersebut.

Hishammuddin Hussein sebagai contoh antara pemimpin UMNO yang dilihat ‘sangsi’ dengan kepulangan Zahid.

“Saya bukan memegang jawatan tinggi dalam parti tetapi sebagai ketua bahagian dan orang yang sayang kepada parti.

“Saya harap perkara macam ini tidak boleh menjejaskan apa yang telah kita bina selama setahun hanya kerana Zahid membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan kepimpinan parti,” katanya.

Hishammuddin turut menekankan keadaan UMNO bertambah baik sejak setahun lalu selepas kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Tetapi beliau berkata, Zahid juga berhak untuk kembali bertugas berdasarkan perlembagaan UMNO.

“Daripada segi perlembagaan parti memang Zahid berhak untuk kembali memimpin, bagi saya yang penting sekarang keputusan telah dibuat itu hak dia dan penting untuk parti melihat kepada kesatuan dan kedudukan parti itu sendiri.

“Jangan perkembangan terkini membuka ruang yang lain untuk kita bertelagah sesama kita,” katanya.

Katanya, beliau berharap Umno akan tetap utuh dengan kepulangan Zahid.

“Saya mahu melihat parti kukuh, kita sekarang berada dalam kedudukan yang baik berbanding tahun lalu,” katanya. – NTHQiBord, 1 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.