MENGEJUTKAN apabila penuntut kaum India dikecualikan dari membayar yuran pendaftaran sebanyak RM1800, tetapi penuntut kaum lain pula diwajibkan.

Biro Undang-undang & Pengaduan Awam PUTRA telah menerima aduan dari ibu bapa berbangsa Melayu menyuarakan ketidakpuasan hati mereka apabila mendaftarkan anak jagaan mereka di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ledang yang merupakan sebuah institusi kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Dalam satu kenyataan rasmi melalui Mohd Khairul Azam, Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), berkata beliau menzahirkan perasaan geram dengan dasar Kementerian Sumber Manusia yang menggunakan Wang rakyat dari Akaun Amanah ILJTM untuk memberi yuran percuma kepada pelajar kaum India.

Katanya, kes ini merupakan satu dasar diskriminasi perkauman yang tidak berlandaskan mana-mana peruntukan undang-undang.

” PUTRA juga melihat dasar ini adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa di pihak Kementerian Sumber Manusia yang menyalahgunakan dana awam hanya untuk kepentingan kaum tertentu dan kemungkinan disebabkan Menteri Sumber Manusia adalah seorang dari kaum India maka atas sebab itulaj dasar ini diperkenalan….” 

” PUTRA memandang serius penyalahgunaan Dana awam untuk kepentingan politik sempit Menteri Sumber Manusia dan PUTRA akan membuat aduan rasmi berkaitan isu ini…”

Bagi ibu bapa yang telah mendaftarkan anak mereka di ILP dan telah membayar yuran pendaftaran tersebut, boleh hubungi Biro Undang-undang & Pengaduan Awam PUTRA di talian +60176635719 untuk aduan dan menegakkan undang-undang mengikut perlembagaan yang digariskan. – NTHQiBord, 1 Julai 2019.

 

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.