AHLI Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan mengucapkan tahniah kepada Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia (DUPM), Dr Nik Zawawi Salleh.

Hal ini kerana ucapan Nik Zawawi yang mengatakan bahawa PH wajib dijatuhkan mendapat perhatian pelbagai pihak khususnya Amanah?

Namun dari suatu sudut, PAS menerima kritikan dan serangan musuh politik itu sebagai sesuatu yang positif.

“Saya gembira. Apaila semua pihak bahas dan membicarakan isu kenapa wajib PH dijatuhkan.

“Sedikit masa lagi mereka akan lebih jelas malah menemui jawapan kenapa PH wajib dijatuhkan. Apa yang saya bimbang kalau masyarakat tidak mahu bincang, bahas dan mencari jawapannya,” kata Nasrudin dalam suatu kenyataan media.

Walau apapun, isu yang cuba dimainkan oleh kerajaan DAP-PH melalui Amanah, Nasruddin menggesa ahli parti itu matang berfikir.

Hal ini kerana, dalam keadaan gerakan perpaduan ummah yang makin bersemarak, mereka akan melakukan apa sahaja untuk menggagalkannya.

Termasuk memainkan isu remeh, seperti isu “wajib menjatuhkan PH” dengan mengaitkan pekataan wajib dengan sentimen agama.

Mereka mahu supaya Perpaduan Ummah ini bergerak perlahan. Kalau boleh, mereka mahu gagalkan perpaduan atau Muafakat Ummah antara PAS dan UMNO khasnya dan BN amnya.

Sementara itu, penganalisis politik, Dr Kamarul Yusoff mendedahkan sikap hipokrit pimpinan Amanah.

Dr Kamarul memetik ucapan Presiden Amanah Mohamad Sabu, dalam Konvensyen Pakatan Harapan, di IDCC, Shah Alam, pada 7 Januari 2018.

Ucapan itu berbunyi; “Maka wajib bagi kita menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional, tak ada sunat mu’akkad lagi, wajib”.

Majlis dan masa yang berbeza tetapi isinya lebih kurang sama.

Sebagai pembangkang, sudah tentu lah menjadi iltizam PAS untuk menjatuhkan parti lawannya.

Jadi, di mana salahnya ucapan Nik Zawawi tesebut? Wajib di situ tidak bermaksud seperti mana umat Islam diwajibkan solat, puasa, zakat dan haji.

Tentunya ada perbezaan “wajib” tersebut dengan “wajib” di luar konteks.
Contohnya; tajuk berita di akhbar, “Kelayakan AFC B-23: Misi wajib menang Malaysia”.

Apapun, pemimpin Amanah perlu lebih bijak dalam mencari isu agar tidak menjadi bahan lawak musuh politiknya. – 1 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.