BERITA tentang kemunculan semula Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam memikul semula tugas Presiden UMNO terus tular di media sosial.

Ahmad Zahid, 66 tahun sebelum ini mengumumkan untuk berehat dari mengetuai parti United Malay National Organization (UMNO), kerana terpalit dengan beberapa tuduhan yang masih dibicarakan di mahkamah.

Dalam tempoh 6 bulan tanpa Ahmad Zahid di kerusi utama UMNO, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan (Tok Mat), Timbalan Presiden UMNO menjalankan tugas-tugas presiden, manakala Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjalankan tugas-tugas timbalan presiden.

Kembalinya Ahmad Zahid mengundang pelbagai kekecewaan netizen namun berbeda dengan reaksi Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam yang berang dengan suasana politik kini yang terlalu memuja Tok Mat.

Satu langkap layar dari hantaran Facebook Bozz Jebat, Lokman Noor Adam membalas di ruangan komen yang bertulis ;

” Nak tanya, bersih sangat ke Tok Mat tu? Siap yang kantoi tahun 2009 terima duit developer 38juta masuk akaun peribadi? Siapa yg kantoi hantar 10 juta nak beli apartment kat London. Beritahu Matt Hassan, kalau tak pandai jaga mulut Asyraf dan Pemuda dia, kita keluarkan dokumen lama nanti. Jangan cerita bab pemimpin bersih, kita tahu tembelang seko-seko. Duit Acap simpan kat Hong Kong 2 jut pun kita….”

Bagaimana pun, sehingga artikel ini ditulis tidak ada tindakan susulan dari Lokman Adam sama ada beliau benar-benar mahu laporkan kepada SPRM atau sebaliknya.

Ahmad Zahid Hamidi, yang memenangi kerusi Presiden UMNO pada pemilihan UMNO 2018 dengan jumlah undi bahagian 99, berbanding Khairy Jamaluddin (61) dan Tengku Razaleigh Hamzah (30).

Mohamad Hasan pula memenangi kerusi Timbalan Presiden sebanyak 131 bahagian mengalahkan Annuar Musa yang hanya memenangi 59 bahagian. – NTHQiBord, 1 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.