SEMALAM, Azmin Ali mengadakan rumah terbuka sempena Aidilfitri di kediamannya.

Meriah sungguh kalau tengok video yang dimuat naik dalam Facebook milik beliau.

Dengan tema serba ungu, puluhan khemad didirikan untuk kehadiran ribuan tetamu.

Antara orang kuat PKR yang datang termasuk Zuraida Kamaruddin dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Ada juga kelibat pemimpin dari parti Pakatan Harapan yang lain seperti Mohamad Sabu (PAN), Mustapha Mohamad (Bersatu) dan ramai lagi.

Tun Daim Zainuddin juga hadir, mungkin sebagai wakil Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Tidak lupa juga penyanyi kesayangan ramai, Siti Nurhaliza yang turut meluangkan masa beraya di rumah Azmin.

Tapi dalam ribuan yang datang semalam, ada satu kelibat penting yang langsung tidak kelihatan.

Mana Presiden PKR, Anwar Ibrahim?

Apa sudah jadi? Kenapa Presiden PKR tidak datang beraya di rumah timbalannya?

Adakah kerana tidak mendapat jemputan atau ‘buat-buat’ sibuk beraya di tempat lain?

Adakah tempat lain lebih penting dari rumah timbalannya sendiri?

Malah berdasarkan video itu, tiada kelihatan juga pemimpin PKR dari kem Anwar seperti Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan lain-lain.

Nampaknya episod keretakan PKR ini berlanjutan sehingga ke majlis Aidilfitri sedangkan inilah peluang untuk bermaaf-maafan.

Tambah sedih lagi, wajah adik beradik Azmin juga tidak kelihatan seperti Ummi Hafilda dan Azwan Ali.

Hal ini juga disedari oleh netizen yang membanjiri ruangan Facebook Azmin Ali.

“Kenapa tiada anwar ibrahim..presiden parti keadilan rakyat? Sedangkan tuan timbalan presiden parti keadilan rakyat? Apa yg sedang berlaku dalam parti kesayangan rakyat ini??..gajah dgn gajah kne sama duduk….barulah terhasilnya kait pelikat yg berkualiti dan dipercayai ramai..,” komen Karim Baba.

“Memang tak jemput Anwar Ibrahim bakal PM kita ke YB?,” komen Mohamad Qhaidir Kasim.

“Anwar Ibrahim Bakal YAB Perdana Menteri Ke 8 tak Jemput ke YB Menteri ??” komen Ali Omar. – NTHQiBord, 1 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.