SEJAK Mei 2018 lalu, seramai 32,929 pekerja swasta diberhentikan.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran sebagai menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang).

Siti Zailah meminta kerajaan menyatakan statistik pekerja yang diberhentikan mengikut pecahan sektor awam dan swasta.

Daripada jumlah tersebut, 25,810 membabitkan pemberhentian biasa, manakala bakinya melalui pemberhentian secara sukarela (VSS).

Sektor pembuatan mencatatkan pemberhentian tertinggi iaitu seramai 13,619 orang diikuti sektor aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan seramai 6,447 serta sektor maklumat dan komunikasi membabitkan seramai 2,138 pekerja.

Menurut Kulasegaran pemberhentian pekerja swasta antaranya berpunca daripada ketidakstabilan pasaran ekonomi, tiada permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan serta penutupan perniagaan.

Sementara itu, seramai 1,691 daripada 14,689 pegawai awam lantikan kontrak ditamatkan perkhidmatan sepanjang tempoh sama.

Berdasarkan suasana ekonomi sekarang, dijangkakan keadaan pengangguran akan bertambah parah.

Hal ini kerana, jumlah orang yang hilang pekerjaan makin bertambah dan setiap tahun juga jumlah graduan yang tamat belajar juga terus meningkat.

Yang paling awal menerima kesan ketidakstabilan ekonomi ialah sektor swasta.

Hal ini kerana, sektor swasta biasanya banyak urusan membabitkan pihak negara luar. Kejatuhan nilai ringgit akan memberi kesan segera kepada mereka.

Lihat sahaja krisis ekonomi hujung 80-an dan 90-an.

Ia bermula dengan kejatuhan nilai ringgit dahulu.

Janji-janji DAP-PH untuk memulihkan ekonomi semakin jauh daripada realiti.

Janji sejuta peluang pekerjaan baharu juga jauh tersasar.

Begitu juga janji manifesto yang mahu mengutamakan peluang pekerjaan kepada warga tempatan dan pada masa yang sama mengurangkan dua juta pekerja asing secara berperingkat.

Yang berlaku adalah sebaliknya sehinggkan ada cadangan membawa pekerja asing dari Afrika pula.

Begitu juga janji memperkasa perkhidmatan awam. Sehingga kini, kakitangan awam belum “diperkasakan” tetapi ramai yang berstatus kontrak telah ditamatkan perkhidmatan. – NTHQiBORD 1 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.