TIADA lagi bersusun riben atau bar perkhidmatan di dada. Itulah gambar Latheefa Koya yang tular hari ini.

Sebelum ini, Latheefa Koya, Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikecam netizen berikutan riben perkhidmatan yang banyak, tidak selari dengan perkhidmatannya yang baru sebulan.

Mungkin tidak tahan di‘troll‘ dan demi menjaga nama baik SPRM, Latheefa akhirnya berbaju seragam ‘kosong’ tanpa riben perkhidmatan di dada kirinya.

Riben perkhidmatan, adalah satu anugerah yang diberikan untuk perkhidmatan yang baik dan cemerlang, selaras dengan sumbangan yang diberikan masyarakat setempat.

Sebelum ini, Latheefa mengeluarkan satu kenyataan rasmi menerusi laman Facebook SPRM yang menyatakan prioriti utamanya adalah menghapuskan rasuah, bukan isu kecil seperti riben perkhidmatan. – NTHQiBord, 1 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.