MELENTING Rafidah Aziz bila kena tegur dengan kanak-kanak tentang kematian.

Disalahkan pula sistem dan dasar pendidikan negara yang dikatakan menerap nilai tidak baik kepada golongan kanak-kanak.

Guru pun disalahkan kerana menggunakan cara sendiri dalam mendidik para pelajar telah menyebabkan berlakunya masalah berkenaan.

Namun Rafidah tersebut mendapat teguran daripada Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jaya.

“TS Rafidah, nasihat yang baik kita wajib terima dari sesiapa sahaja termasuk syaitan.

“Lain kali, TS jangan gelojoh sangat nak komen pasal agama kerana kegelojohan TS akan menzahirkan kebodohan. Moga Allah berikan hidayah kepada TS,” katanya menerusi laman Twitter.

Fathul sempat menyindir Rafidah dengan menasihatinya agar menonton animasi Upin dan Ipin yang penuh dengan mesej kebaikan.

Sebagai orang yang lebih dewasa, dan matang, Rafidah hendaklah menerima nasihat itu dengan lebih terbuka. – NTHQiBord, 1 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.