GARA-GARA marahkan suami bernikah lain, seorang wanita Kristian bertindak mencemarkan rumah ibadat orang Islam apabila membawa masuk bersama seekor anjing ke dalam sebuah masjid.

Kejadian itu berlaku di Masjid Sentul, Bogor, Jawa Barat tersebar di media sosial selepas aksi jelik wanita tersebut dirakamkan.

Wanita itu memberi alasan mahu mencari suaminya di masjid itu kerana mahu menghalang pasangannya itu bernikah dengan perempuan lain.

Tapi tindakannya membawa anjing masuk ke dalam masjid mengundang kemarahan seorang jemaah yang bertindak menghalang dan memarahinya.

Bagaimanapun pertikaman lidah mereka bertukar ganas apabila berlaku kekasaran fizikal.

Perempuan itu akhirnya keluar dari masjid tersebut selepas digasak oleh jemaah masjid.

Namun pertengkaran mereka berlarutan di luar masjid dan akhirnya ditenangkan oleh orang ramai.

Sikap kurang ajar wanita itu wajar dijadikan pengajaran kerana mencemarkan kesucian Islam sedangkan dia tinggal di sebuah negara yang majoritinya Islam.

Dia juga tidak menunjukkan sikap hormat dan tidak sensitif terhadap budaya orang Islam.

Sama juga di Malaysia, Bangsa DAP perlu hormat terhadap sensitiviti orang Islam terutamanya soal halal dan haram.

Sejak Pakatan Harapan memerintah, Bangsa DAP dilihat semakin berani mencabar orang Islam, antaranya mencampuri urusan agama Islam.

Sebagai contoh, isu pembahagian zakat oleh ahli politik dari DAP yang berlaku pada Ramadan lalu.

Jika keadaan ini dibiarkan, tidak mustahil apa yang berlaku di Indonesia itu akan berlaku juga di Malaysia. – 1 Julai 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.