CADANGAN untuk membawa masuk warga Afrika sebagai pengganti kepada warga Indonesia dan negara-negara lain oleh Menteri Sumber Manusaia, M Kulasegaran dilihat sebagai tindakan yang kurang munasabah dan mempunyai agenda yang tersirat.

Demikian dinyatakan Hamdan Mohd Salleh, Ketua Setiausaha Jaringan Melayu Malaysia(JMM) dalamn suatu kenyataan media.

Walaupun cadangan itu ditarik balik selepas mendapat kecaman pelbagai lapisan masyarakat Malaysia, Hamdan meminta rakyat berhati-hati dengan tindakan menteri terbabit.

Hamdan turut mempertikaikan adakah ada agenda di sebalik cadangan tersebut?

“Apakah sebenarnya agenda yang tersirat sedangkan kemasukan ramai pekerja Indonesia, Bangladesh dan Myanmar serta kebanjiran pekerja asing telah memenuhi sektor yang berkaitan,” soal Hamdan.

Alasan kerana pekerja Afrika menerima bayaran yang lebih murah daripada negara yang lain adalah tidak logik.

Umum sudah mengetahui, dengan jumlah yang ada sekarang pun warga Afrika banyak menimbulkan masalah dalam negara ini, berbanding warga negara lain.

Bagaimana pula jika mereka dibawa masuk secara besar-besaran?

Adakah kerajaan DAP-PH dapat memberi jaminan kehadiran pekerja Afrika ini tidak menimbulkan masalah?

Bukankah ini disengajakan bagi menambah populasi warga Afrika dan melibatkan ancaman kepada masalah sosial dan juga keselamatan negara.

Hamdan turut mengingatkan rakyat bahawa Menteri Bangsa DAP ini pernah mencetuskan kontroversi dengan mengatakan bawah orang Melayu ini adalah pendatang.

Jika diperhatikan, menteri ini dilihat sentiasa konsisten memastikan agenda DAP tercapai.

Andai ini berlaku, keselamatan negara dan agama akan berada dalam keadaan terancam. – 1 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.