SEMALAM diadakan program “Townhall bersama Menteri Alam Sekitar” di Pasir Gudang, Johor.

Menurut maklumat, program tersebut adalah sesi soal jawab menteri, Yoe Bee Yin, yang juga merupakan Ahli Parlimen Bakri bersama pihak industri.

Namun, tular video seorang lelaki yang dalam program tersebut yang meluahkan kekecewaanya dalam isu pencemaran di daerah tersebut.

Antara luahan luahan lelaki terbabit;

Dia akan ambil UPSR bulan sembilan (September), sekarang sekolah dalam sebulan cuma buka dua hari sahaja. He is top student.

Maybe ini tidak terjadi pada keluarga you, anak you! Cuba you bayangkan ini terjadi kepada anak you! Duit bukan duit you, duit datang dari poket saya untuk hantar ke hospital!

Kalau perlu tutup kilang, tutuplah kilang! Nyawa lagi penting!

Saya kecewa lah.

Dah tiga bulan dah berlaku, tolong take it serius la!

Luahan lelaki terbabit memang amat wajar sekali.

Hal ini kerana, dalam tempoh tidak sampai dua bulan, sudah tiga kali kejadian yang sama berulang.

Sehingga kini tiada tindakan dikenakan kepada kilang terbabit, atau sekurang-kurangnya diarahkan tutup sehingga selesai masalah.

Dalam hal ini menteri dan kerajaan negeri dilihat gagal untuk bertindak.

Difahamkan kerajaan negeri sudah meluluskan peruntukan kecemasan berjumlah RM6.4 juta bagi kerja-kerja pembersihan dan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang.

Namun isu yang paling pokok ialah punca kepada masalah itu tidak diselesaikan.

Dalam perkembangan terkini, The New Straits Times Press melaporkan seorang jurugambarnya yang ditugaskan di kawasan pencemaran dimasukkan ke hospital sejak Sabtu.

Jurugambar terbabit, Mohd Azren Jamaludin dilaporkan mengalami gejala muntah, demam, sesak nafas dan pitam.

Mohd Azren kini masih di bawah pengawasan doktor kerana turut disahkan dijangkiti virus Influenza B.

Doktor juga mengesahkan beliau mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru akibat terdedah terlalu lama dalam persekitaran tercemar.

Berdasarkan suasana sekarang, dapat dilihat betapa kroniknya kejadian yang berlaku di Pasir Gudang ini dan kerajaan DAP-PH dilihat tidak serius menyelesaikannya. – NTHQiBORD 2 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.