SUDAHLAH dimalukan Perdana Menteri sendiri apabila idea bodoh bawa pekerja asing Afrika ditolak mentah-mentah.

Kali ini Menteri DAP dimalukan sekali lagi oleh bekas pemimpin kerajaan Indonesia sendiri membogelkan pembohongan M Kulasegara tentang isu kekurangan tenaga kerja Indonesia (TKI) di Malaysia.

Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Sakyan Asmara berkata kenyataan Kulasegaran bahawa pekerja Indonesia tidak mahu datang ke Malaysia kerana isu gaji sebagai tidak tepat.

Jelasnya, gaji di Malaysia sebenarnya masih tinggi berbanding di Indonesia dan ramai rakyat republik itu masih memilih untuk bekerja di sektor perladangan di negara ini.

Berbeza dengan dakwaan Kulasegaran sebelum ini, Menteri Sumber Manusia itu berkata pekerja dari Indonesia dan Vietnam tidak lagi berminat bekerja di sektor perladangan kerana gaji yang tidak jauh beza dengan negara asal.

Sakyan berkata, gaji sektor perladangan di Malaysia boleh mencecah hampir Rm1,500 sebulan, jauh lebih tinggi daripada gaji minimum 2019 yang ditetapkan oleh Jakarta iaitu kira-kira RM1,100 sebulan.

“Kenyataan menteri DAP itu tidak tepat sama sekali dengan situasi sebenar di Indonesia.

“Di Indonesia sendiri saat ini rakyat sedang mengalami kesukaran mencari kerja kerana kebanjiran pekerja asing dari China ke negara ini.

“Situasi ini menyebabkan para tenaga kerja Indonesia terus berupaya mencari alternatif untuk bekerja di Malaysia, utamanya di sektor perkebunan.

“Jadi tidak benar bahawa gaji sektor perladangan di Indonesia tidak jauh berbeza dengan di Malaysia,” kata Pensyarah Komunikasi Politik Universitas Sumatera Utara, Medan itu.

Sakyan juga musykil dengan Kulasegaran mempunyai agenda lain apabila menyatakan cadangan untuk membawa pekerja dari Afrika, bukannya dari negara Arab atau Timur Tengah yang majoritinya orang Islam.

“Pekerja Afrika pada umumnya beragama bukan Islam dan Kulasegaran juga bukan Islam.

“Apakah hal ini ada hubungannya, tentu hanya Kulasegaran sendiri yang tahu,” soalnya. – NTHQiBord, 2 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.