PERJUANGAN DAP sentiasa bercanggah dengan kehendak orang Melayu, kata Dato’ Razlan Rafii.

Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh itu berkata Bangsa DAP sentiasa konsisten dalam memperjuangkan dan menegakkan hak bangsa Cina termasuk peniaga, pelajar dan taikun Cina yang berdiri di belakang mereka.

“Bukan bangsa Cina sahaja, negara China pun mereka perjuangkan…” katanya dalam satu program bual bicara Dimensi, Nothing To Hide Media semalam.

Sebagai contoh katanya, Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan dari DAP baru-baru ini ditegur netizen kerana kerap berbahasa Cina di Facebook rasmi beliau berbanding bahasa Melayu.

Menurut Razlan, menteri-menteri Melayu dalam Pakatan Harapan pula gagal mempamerkan pencapaian yang baik berbanding menteri berbangsa Cina dari DAP dan mereka (menteri dari PKR & BERSATU) malu dengan rakan Kabinet mereka dari DAP.

Katanya, kerajaan Pakatan turut gagal melaksanakan dasar baru untuk pertumbuhan ekonomi rakyat dan negara yang mendorong taikun Cina terlibat dengan ekonomi Malaysia melalui “pintu menteri DAP yang konsisten dengan perjuangan mereka.

Bukan sahaja DAP telah mengetepikan Melayu-Islam, jelas parti itu berjaya menyatukan kaum Cina serta membantu banyak peniaga, pelajar dan taikun Cina melalui kuasa yang ada pada menteri-menteri DAP.

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa DAP adalah parti rasis yang hanya memikirkan untung nasib bangsa mereka dan tidak peduli langsung dengan hal ehwal agama Islam, masa depan Melayu serta raja-raja Melayu yang kian dipinggirkan.

Parti rasis DAP tidak boleh diterima dalam negara majmuk yang harmoni kerana tidak berlaku adil dan melanggar Perlembagaan negara yang memperuntukkan anti-diskriminasi dalam negara berdaulat seperti Malaysia. – NTHQiBord, 1 Julai 2019.

1 COMMENT

  1. Baru sedar ke? Sebab itu GST di berhentikan sebab sistem yang efisien dan tycoon Cina dan peniaga Cina yang terkenal dengan taktik lari cukai tidak dapat melarikan diri…Dengan SST bolehlah mereka melarikan tax untuk disalurkan ke parti DAP. Melayu jugak yang bodih, asyik nak bergaduh dan berpuak-puak

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.