ISU pencemaran udara di Pasir Gudang masih tidak nampak penghujungnya.

Kali pertama insiden ini berlaku pada Mei lalu, kemudiannya berulangnya kali kedua dan ketiga dalam tempoh singkat.

Pelbagai reaksi timbul sehingga ada dalam kalangan rakyat membuat andaian bahawa ini adalah agenda halus untuk mengusir penduduk berbangsa Melayu dari kawasan ini.

Salah seorang netizen, Denz Suishiro menyatakan; Konspirasi yang sangat halus untuk mengusir penduduk Pasir Gudang ke kawasan lain. Majoriti penduduk Pasir Gudang berbangsa apa? Melayu! harus di kaji sedalam nya. Perkara ini terjadi bersebab.

Ada juga netizen yang terang-terang menyalahkan DAP dalam hal ini;
Pengedar Katil Hospital; Kaji pemilik ini kilang siapa? Kalau bukan DAP punya kroni. Perkara sama berlaku di Melaka, ikan mati di muara disalahkan air laut. Padahal kilang cina buang sisa toksid. Apabila DAP masuk campur, semuanya senyap. Adakah Melayu akan terus berdiam?

Andaian ini sebenarnya tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja.

Tambahan pula sehingga kini tiada satu pun tindakan dikenakan kepada kilang yang terlibat.

Mungkinkah pemilik kilang terbabit penyokong kuat kerajaan DAP-PH?

ARTIKEL BERKAITAN: MENTERI DAP JAWAB ISU KILANG SUAMI

Begitu juga kejadian yang berlaku di Kilang Jinko Solar, Pulau Pinang beberapa minggu lalu.

Insiden di Kilang Jinko itu secara tidak langsung mendedahkan kerja-kerja halus untuk menyingkirkan pekerja Melayu Islam.

Itu belum dikira pelbagai projek pembangunan di Pulau Pinang, termasuk projek tambak laut yang penuh dengan kontroversi.

Projek itu juga dinilai oleh sebahagian rakyat sebagai projek halus mengusir penduduk Melayu Islam daripada pulau itu.

Segalanya tidak pelik kerana, sejak kerajaan DAP-PH memerintah, mereka banyak mempertikaikan perkara berkaitan Melayu Islam. – NTHQiBORD 2 Julai 2019

1 COMMENT

  1. Jadi bersatu lah demi kelangsungan bangsa dan agama. Kita mesti menang lebih dari 2/3 majoriti supaya, polisi-polisi yang menjaga hak Melayu dan Islam dapat digubal. Dan persempadanan semula dapat dijalankan supaya pola pemerintahan berpihak kepada bangsa Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.