‘PERJUANGAN’ berpuluh tahun Lim Kit Siang menemui jalan akhir apabila kes skandar Forex digugurkan.

Hari ini, kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan kes skandal FOREX BNM telah digugurkan walaupun telah menerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Skandal Forex BNM yang melibatkan kerugian RM30 billion (RM100 billion duit sekarang) acap kali dimainkan untuk menentang Mahathir ketika Kit Siang “masih belum berkahwin” dengan perdana menteri itu.

Alunan lagu Forex terhenti apabila Pakatan Harapan ditubuhkan untuk merampas kerajaan pada pilihanraya yang lalu.

Ahli politik totok DAP yang lahir di China itu pernah menulis dan menjual buku bernama “Skandal kerugian Bank Negara dalam urusniaga matawang asing sebanyak RM30 billion”.

Apa yang menjadi pertikaian adalah pendirian Kit Siang yang berubah bentuk apabila mendapat kuasa, dan perjuangannya meratib isu Forex dalam ceramah beliau sekitar 2000-2014 adalah sekadar melepaskan batuk ditangga. – NTHQiBord, 2 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.