RAMAI tertanya-tanya apa yang dibincangkan oleh Kit Siang dengan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad pagi tadi dijawab.

Kunjungan hormat itu mengambil masa lebih kurang 45 minit di pejabat Tun Mahathir.

Ini merupakan pertemuan kali kedua antara kedua pemimpin terbabit selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ada dakwaan mengatakan pertemuan itu untuk berbincang melanjutkan Peguam Negara Tommy Thomas yang akan bersara tidak lama lagi.

Malah difahamkan berdasarkan perjanjian antara parti Pakatan Harapan, DAP mempunyai kuasa untuk memilih calon Peguam Negara manakala Bersatu memilih ketua SPRM.

Apapun perbincangannya, hanya mereka berdua saja yang tahu. – NTHQiBord, 1 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.