SEBELUM PRU14, kerajaan ketika itu dikutuk besar-besaran kerana dikatakan menjual negara kepada China.

Semalam, Khazanah Nasional Bhd mengumumkan pelantikan tiga anggota lembaga pengarah baharu berkuat kuasa 26 Jun, 2019 termasuk individu dari China.

Apa sudah jadi dengan Malaysia baharu?

Kata dulang paku serpih, mengata orang engkau yang lebih.

Pelantikan Pengasas SenseTime dan pensyarah di Chinese University of Hong Kong, Profesor Xiao’ou Tang seorang warganegara China menambahkan anggapan rakyat tentang agenda DAP.

Sudah habiskah bijak pandai tempatan untuk jawatan tersebut.

Datuk Seri Najib dalam Facebook beliau turut berkongsi berita pelantikan beberapa individu penting ke dalam Khazanah dan Petronas.

Selain pelantikan Prof Xiao’ou Tang, turut didedahkan pelantikan Penulis blog “Pure Shiite” iaitu blogger bernama SatDee yang kuat mengecam BN sebelum PRU14 sebagai ahli lembaga pengarah PETRONAS.

Keputusan luar biasa kerajaan DAP-PH ini turut mendapat perhatian penganalisis politik Syed Agil Jamalullail.

Dalam Facebook beliau turut menyindir DAP-PH.

Syeg Agil menyatakan bahawa tahun lepas (2018) FGV diisytiharkan rugi dan mengambil keputusan memberhentikan elaun dan gaji pengarah FGV untuk dikaji semula.

Beliau turut bertanya adakah khazanah juga akan berhentikan gaji dan elaun pengarahnya?

Hal ini kerana, Khazanah juga diisytihar rugi!

Bagaimana kerajaan DAP-PH hari ini boleh bertindak mengambil bangsa asing menjadi lembaga pengarah syarikat GLC negara! Blogger pula jadi ahli lembaga pengarah Petronas!

Harapan untuk melihat Malaysia baharu yang lebih baik semakin tinggal harapan.

Yang makin jelas, cengkaman DAP dalam kerajaan makin ketara. – NTHQiBORD 2 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.