BEBERAPA hari lepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali mengadakan rumah terbuka di kediamannya dengan menjemput beberapa VIP dan artis kenamaan.

Namun, bukan itu yang menjadi keresahan rakyat.

Ada seorang netizen yang menggunakan nama Erick Tsang di Twitter membuat ciapan mengenai kemegahan rumah terbuka Azmin yang menyediakan juadah kelas pertama yang sangat mahal berbanding biasa.

” Wahhhh Azmin Open House very grand wor. Got juice boost & xing fu tang wor. Assuming he got 1000 people attending, one cup of xing fu tang is RM14.00 x 1000 people = RM14,000 just on one drink alone. So rich. What an asshole this minister…”

Selain memperuntukkan kira-kira RM14,000 untuk satu jenis air, Azmin Ali turut menyediakan juadah utama lain seperti nasi, makanan barat, ketupat, rendang dan pelbagai lagi juadah yang mungkin menelan belanja yang sangat besar untuk satu malam.

Sehingga hujung tahun 2018, gaji pokok seorang menteri kerajaan persekutuan hanyalah RM18,000 sebulan dan memperuntukkan RM14,000 untuk satu jenis air adalah sangat tidak munasabah.

Di kala rakyat sedang bergelut untuk menangani kos sara hidup, tindakan menteri yang sebelum ini hangat dengan video semburit miripnya membuatkan rakyat makin hilang kepercayaan terhadap menteri PH.

Apa yang dilakukan Azmin ini sesuai dengan ungkapan ‘paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih…” – NTHQiBord, 2 Julai 2019.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.