MENTERI Hal Ehwal Agama Indonesia, Lukman Hakim Saifuddin, mengaku tidak meruju kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) selepas menerima AS$30,000 daripada Arab Saudi.

Katanya, wang itu diberikan kepadanya oleh Jawatankuasa Musabaqah Tilawatil Quran (MTQ) antarabangsa memberikan wang itu kepada saya.

“Wang itu daripada keluarga diraja, yang diserahkan menerusi atase agama negara itu, kerana keluarga diraja secara rutin mengadakan pertandingan itu yang dihoskan Indonesia,” kata Lukman di Mahkamah Rasuah Jakarta pada minggu lalu.

Lukman membuat kenyataan ketika memberi keterangan sebagai saksi terhadap dua defendan iaitu ketua Agensi Hal Ehwal Agama Jawa Timur, Haris Hasanuddin dan ketua Hal Ehwal Agama Gresik, M Muafaq Wirahadi.

Kedua-dua mereka dituduh merasuah bekas pengerusi Parti Persatuan Pembangunan (PPP), M Romahurmuziy, untuk promosi di kementerian.

KPK merampas wang AS$30,000 daripada pejabat Lukman dalam serbuan berkaitan kes rasuah itu.

Lukman berkata, beliau menerima wang itu sebagai hadiah daripada ketua pejabat atase agama Kedutaan Arab Saudi di Indonesia, Syeh Saad An Namasi, pada 2018 dan juga daripada bekas ketua pejabat atase itu, Sulaiman al-Nughomsy, kerana mengadakan pertandingan berkenaan.

Lukman mendakwa menolak wang itu tetapi An Namani bertegas supaya beliau menerimanya dan menggunakan ia untuk tujuan sosial.

“Saya menyimpan wang itu lebih tiga bulan. Malah saya sendiri terlupa wang itu masih disimpan,” katanya.

Pada 2002, undang-undang KPK menyatakan pegawai kerajaan perlu melaporkan sebarang benda yang diterima kepada badan pencegah rasuah itu dalam masa 30 hari. – AGENSI, 1 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.