ISU video songsang antara Ketua AMK PKR Santubong dan pasangannya mirip menteri Datuk Seri Azmin Azli nampaknya semakin dilupakan.

Sudah lebih tiga minggu isu panas itu didedahkan oleh si pelaku Haziq Abdullah Abdul Aziz tetapi perkembangan kes masih sepi.

Kali terakhir, polis memaklumkan kes itu masih dalam siasatan manakala PKR pula memberi masa 14 hari kepada Haziq untuk beri surat tunjuk sebab.

Tempoh 14 sudah juga sudah berlalu dan PKR masih membisu walaupun Haziq mencabar Azmin untuk menyamannya jika perkara itu tidak benar.

Sehubungan itu, bekas pengasas PKR, Ezam Mohd Nor menggesa Azmin Ali menyahut cabaran Haziq dan mengemukan saman terhadapnya bagi membuktikan beliau tidak bersalah di mahkamah.

“Sebagai seorang menteri kanan, menjawat jawatan kanan dalam parti pemerintah dan antara tokoh yang disebut-sebut mempunyai potensi untuk menjadi Perdana Menteri, beliau wajib membersihkan nama beliau di mahkamah secara terbuka.

“(Inii) kerana menjadi orang nombor satu negara memerlukan imej dan rekod bersih bagi menjamin keutuhan negara tidak tergugat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ezam berkata beliau sendiri pernah mengakui potensi Azminsebagai pemimpin khususnya berdasarkan rekod cemerlang Ahli Parlimen Gombak itu mentadbir Selangor.

Namun kata Ezam, jika wujud dakwaan serius seperti tuduhan Haziq, proses membersihkan nama daripada tuduhan berat mesti dilakukan secara telus dan tanpa kompromi.

“Perlu dijelaskan isu ini bukan hanya sekadar klip video yang tersebar secara rambang tanpa sumber.

“Ia membabitkan pelaku yang telah membuat pengakuan secara terbuka dan juga telah membuat cabaran secara terbuka.

“Makanya ia mesti dijawab dan dijelaskan melalui proses pengadilan yang telus dan adil,” katanya. – NTHQiBord, 2 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.