MENTERI Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin ini bersuamikan seorang taikun Cina yang besar pengaruhnya di negara ini.

Suaminya adalah Ketua Pegawai Eksekutif IOI Properties Group Bhd Lee Yeow Seng, 40 yang merupakan anak kepada pengasas kumpulan IOI iaitu Lee Shin Cheng.

Mereka berkahwin pada 11 Mac 2019.

IOI Group mempunyai beberapa kilang besar di Pasir Gudang, daerah yang mencatat tragedi membimbangkan selepas lebih 100 pelajar dan kanak-kanak terjejas akibat pencemaran udara.

Antaranya IOI Pan Century Oleochemical, IOI Lipid Enzymtec, dan IOI Pan Century Edible Oil.

IOI Pan Century Oleochemical merupakan kilang berteraskan penghasilan produk dari minyak kelapa sawit termasuk asid laurik, distilled top fatty acid, stearic acid, split fatty acid, dan distilled coconut fatty acid. 

IOI Lipid Enzymtec pula kilang memproseskan minyak sayuran dan haiwan untuk menghasilkan sabun.

IOI Pan Century Edible Oil pula kilang pemprosesan marjerin atau glycerin dalam makanan.

Kilang ini terletak sangat berhampiran dengan sekolah-sekolah yang terjejas pencemaran di Pasir Gudang.

Sk Pasir Putih antara sekolah yang terjejas teruk dimana lebih 20 orang pelajar terpaksa dikejarkan ke hospital akibat pengsan dan sesak nafas. Jarak di antara IOI Pan-Century Oleochemical pula hanyalah 3.6km.

SMK Tanjung Puteri Resort yang turut terjejas sebelum ini juga berada dalam 5km radius dari kilang milik IOI Group.

Mengulas mengenai kaitan pencemaran udara dengan kilang milik IOI Properties, Bee Yin berkata berita yang tersebar itu bersifat fitnah. – NTHQiBord, 2 Julai 2019.

 

 

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.