SEMALAM, Lokman Noor Adam tiba-tiba naik minyak kerana bengang dengan sanjungan orang ramai kepada Mohamad Hasan atau lebih popular dengan gelaran Tok Mat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu dilihat terdesak untuk memalukan Timbalan Presiden UMNO itu apabila menaikkan satu komen hantaran di Facebook yang menyatakan Tok Mat terlibat dengan rasuah yang melibatkan hartanah di London.

Namun dakwaan Lokman itu bagaimanapun disangkal oleh menteri dari Pakatan Harapan sendiri.

Dalam sidang Parlimen yang berlangsung hari ini, Sanisvara Rayer Rajaji (Jelutong) meminta Perdana Menteri mendedahkan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Tok Mat mengenai kes penggubahan wang 10 juta melalui pengurup wang ke London untuk pembelian pangsapuri di London.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong menjawab soalan itu dan menjelaskan bahawa siasatan telah dijalankan dan memutuskan tiada pendakwaan dalam kes ini.

“Untuk makluman Yang Berhormat Jelutong, siasatan SPRM terhadap kes ini telah selesai dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (JPN) pada tahun 2011. Pada 2013, JPN telah memutuskan tiada tindakan pendakwaan dalam kes ini dan siasatan telah dihentikan.

“Walau bagaimanapun pada April 2019 kertas siasatan telah dikemukakan untuk penelitian semula.

“Pada 2 Mei 2019, pihak JPN telah mengekalkan keputusan No Further Action (NFA) setelah meneliti hasil siasatan,” katanya. – NTHQiBord, 2 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.