KERJA-kerja membogelkan musuh politik masih belum menampakkan tanda-tanda akan kendur.

Terbaharu, keluar pula klip video di hotel yang menampakkan wajah Haziq Aziz dan juga Hilman Idham orang kanan Azmin Ali.

“Hal ini sudah semakin menjijikkan dan tindakan segera perlu diambil bagi memberhentikan penularan video semburit.”

“Kejijikan ini tidak boleh dijadikan liputan media kerana memalukan Malaysia di mata dunia,” kata Wan Muhammad Azri, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Atas dasar itu Wan Muhammad menyarankan Azmin meletakkan jawatan selaku Menteri Ekonomi.

Wan Muhammad percaya klip susulan video semburit tidak akan disebarkan oleh pihak satu lagi jika Azmin meletakkan jawatan.

Inilah kehendak pihak yang menyebarkan klip video semburit dan ini lah juga kenyataan dari Haziq individu yang mengesahkan dia bersama Azmin Ali dalam klip video tersebut.

Wan Muhammad juga amat risau jika pihak satu lagi mengeluarkan video penuh aksi adegan semburit yang mana akan lebih memalukan negara di mata dunia apatah lagi melibatkan pemimpin yang beragama Islam.

Imej wajah-wajah individu dalam video yang tersebar hari ini makin jelas, bermula dari lif hotel hinggalah ke perkarangan bilik penginapan.

Berdasarkan keterangan dalam klip tersebut, akan ada lagi video yang berkaitan.

Oleh itu, kebimbangan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu ada asasnya.

Selagi Azmin tidak meletakkan jawatan, selagi itulah dia akan diganggu.

Dalam perkembangan lain, kedudukan Haziq Aziz dalam PKR dijangka akan diketahui selepas mesyuarat biro politik malam ini.

Haziq merupakan lulusan undang-undang Universiti Malaya. Semasa di Universiti dia mengasaskan sayap pelajar PKR iaitu Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) dan bertindak sebagai presiden.

Haziq menjadi perhatian umum selepas membuat pengakuan bahawa dialah individu dalam video seks yang dikaitkan dengan Azmin. – NTHQiBORD 3 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.