SUDAH setahun Pakatan Harapan telah mengambil alih kuasa pentadbiran negara dari Kerajaan Barisan Nasional.

Sejak peralihan kuasa, kita sering mendengar pelbagai isu dari segi penyebaran informasi dan pelaksanaan tugas Menteri Menteri baru dari PH yang masih tidak ke tahap memuasakan.

Rakyat kini mula mengeluh dengan kenyataan-kenyataan Menteri yang kurang tepat, diikuti dengan U-Turn.

Dalam beberapa insiden, Menteri PH sering menerima kutukan dari laman sosial kerana mereka kerap memberikan fakta yang salah dan keesokan hari, mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan asal.

Masalah pengalaman dan masalah komunikasi telah dikenalpasti punca kemerosotan prestasi Menteri PH.

Dalam temu bual dengan The Star, Tun Daim, Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan berkata orang ramai tidak gembira dengan PH apabila menterinya tidak memberikan penjelasan yang mencukupi untuk menerangkan dasar kerajaan baru.

Tun Daim berkata menteri PH gagal dari segi komunikasi dan bergantung kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk memberikan penerangan kepada orang ramai.

Kementerian komunikasi dan Multimedia seharusnya mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki keadaan ini. Kementerian patut mengkaji masalah
yang dihadapi oleh rakyat dan peka dengan isu isu semasa.

Penyebaran maklumat yang tepat dapat mengurangkan kekeliruan dan ketidakpuashatian masyarakat.

Baru baru ini, kaji selidik wartawan NSTP membabitkan kira-kira 500 responden di seluruh negara dengan purata 40 responden setiap negeri, mendapati tidak sampai 40 peratus mengenal kelompok menteri berkenaan berbanding nama besar seperti Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Isu-isu ini patut diselesaikan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Tetapi di mana Menterinya YB Gobind Singh?

Gobind yang merupakan Ahli Parlimen Puchong sering dilihat memberikan kenyataan mengenai harga Internet jalur lebar.
Sejak dilantik sebagai Menteri, beliau masih mengkaji, bermesyuarat dengan CEO syarikat komunikasi tempatan. Selain daripada itu, kita tidak melihat sebarang kemajuan atau pendekatan baru dalam kementeriannya.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia harus melihat balik objektif mereka;

“Menyediakan insfrastruktur komunikasi secara menyeluruh dan inklusif, membangun ekonomi digital, memperkasa teknologi maklumat dan komunikasi negara, memperluaskan dan memperdalam penyampaian serta penyebaran maklumat secara stratgik“

Kita boleh melihat beberapa contoh isu semasa. Bagaimana SST kini lebih efektif setelah GST dihapuskan? Kronologi masalah pencemaran gas di Pasir Gudang? Informasi cukai gula yang diperkenalkan baru baru ini? Pendekatan Kerajaan untuk memulihkan kegawatan ekonomi sekarang?

Bagaimana Kementerian sedang berusaha untuk membantu kerajaan untuk memastikan rakyat sentiasa peka dengan informasi dengan tepat dan sahih?

Adakah Menteri Gobind menharapkan rakyat mendapat maklumat melalui forum dari Laman sosial?

YB Gobind Singh, serahkan tugas menurunan harga internet jalur lebar kepada timbalan Menteri anda.

Sila beri tumpuan kepada sektor yang lain seperti Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Institut Penyiaran Dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDeC) dan banyak lagi.

Kerajaan Pakatan Harapan telah berjanji dan telah memberi harapan besar kepada rakyat iaitu kerajaan baharu akan bertindak lebih baik berbanding dengan Kerajaan Barisan Nasional. Maka jangan hampakan harapan rakyat. – 3 Julai 2019

SUBASH CHANDRABOSE
MIC

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.