SELEPAS drama semburit berlangsung selama berminggu-minggu, akhirnya pelaku video songsang itu menerima padah.

Haziq Abdullah Abdul Aziz dipecat serta-merta dari PKR selepas didapati bersalah melanggar kod etika parti.

Keputusan itu dibuat oleh Lembaga Disiplin PKR malam ini selepas meneliti surat tunjuk sebab yang dikemukakan Haziq.

Pengerusi lembaga itu Ahmad Kassim berkata pemecatan Haziq itu dibuat kerana mencemarkan nama baik parti dan pemimpin kanannya.

Haziq sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa melakukan hubungan homoseks dengan individu yang dituduhnya sebagai Datuk Seri Azmin Ali.

Azmin bagaimanapun menafikan individu dalam video yang tular dalam media sosial itu adalah dirinya.

Haziq juga sudah dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung dakwaan yang dibuat.

Setakat ini tiada tindakan lanjut dari polis kerana siasatan masih dijalankan.

Kini timbul persoalan adakah PKR atau Azmin sendiri akan menyaman Haziq kerana mencemarkan nama parti?

Sewajarnya kedua-dua pihak berbuat demikian demi memulihkan dan membersihkan nama mereka daripada tuduhan liar Haziq. – 3 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.