SEORANG pemandu E-Hailing yang dikenali sebagai Mathis Sarawanan menyatakan terima kasih kepada Datuk Seri Mahdzir Khalid, Ahli Parlimen BN Padang Terap.

Ucapan terima kasih itu ekoran Mahdzir menyuarakan masalah yang dihadapi oleh pemandu E-Hailing akibat pengenalan beberapa undang-undang dan syarat baru.

Mathis sebelum ini pernah memuatnaik masalah yang dihadapi oleh pemandu E-Hailing.

Mahdzir kemudiannya memanjangkan permasalahan itu dalam sidang Dewan Rakyat.

Menurut jawapan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hanya 10,151 ataupun 62 peratus dari jumlah 16,338 pemandu lulus dan layak memohon lesen PSV setakat 1 April hingga 30 Jun.

Anthony menjangkakan jumlah pemandu yang menduduki kelas tersebut akan meningkat berikutan pengenalan kelas ujian PSV atas talian bermula 1 Jun lalu.

Berdasarkan jawapan itu, setakat 30 Jun yang lalu, janya 8.19 peratus pemandu E Hailing daripada jumlah besar 200,000 pemandu E Hailing dari seluruh Malaysia telah duduki ujian ini.

Ada beberapa petunjuk berdasarkan jumlah tersebut.

Mungkin ramai pemandu E Hailing tak bersetuju dengan dasar ini lantas mereka tidak menduduki ujian ini (yang diwajibkan), terutama yang memandu secara sampingan.

Pemandu sampingan akan hilang sumber pendapatan tambahan selepas ini.

Jelas sekali, dasar tidak membantu rakyat lansung dan untuk makluman semua, ujian lesen PSV untuk pemandu E-Hailing perlu diselesaikan pada 12 Julai ini/

Dasar ini juga dilihat sebagai cara mudah kerajaan “merompak” duit daripada kesusahan rakyat. – 3 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.