DATO’ Azwanddin Hamzah konsisten mengetuai Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dengan pertahankan agenda Melayu dan Islam biarpun disaman ratusan juta oleh menteri Bangsa DAP.

Ezam Mohd Nor juga konsisten memerangi rasuah dengan NGO, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK).

Tidak kurang juga dengan Zahid Mat Arip apabila menubuhkan NGO, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) untuk membelasah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lokman Nor Adam pula sering dikecam kerana konsisten mengkritik Tun Mahathir Mohamad dan pemimpin UMNO sendiri, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mereka antara bekas pimpinan parti PKR tahun 1998 dan berpengalaman menerajui NGO masing-masing.

Tapi baru-baru ini, sudah ada pihak yang tidak senang dengan suara NGO keempat-empat individu ini sehingga ada yang menggelar Ezam dan Lokman sebagai sampah politik!

Ezam sama macam Lokman Adam, sama-sama sampah politik

Serangan ke atas mereka ini membuatkan seorang lagi pengasas PKR yang juga bekas AMK PKR, Hamdan Taha tampil mempertahankan mereka.

Berikut adalah kenyataan penuh Hamdan berhubung perkara itu:

Apabila mereka ini keluarkan kenyataan akan ada pihak yang marah. Minggu ini Ezam keluarkan kenyataan akbar tentang pelantikan pengerusi Felda yang baharu dan semalam tentang kes yang melibatkan Azmin ali.

Apabila dua kenyataan terbuka ini keluar maka dia di hentam sebagai sampah dan sebagainya oleh pihak yang tidak senang apabila dia nampak mengkritik kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir sekarang dia di tuduh ingin memjatuhkan Tun M dan Azmin.

Begitu juga Lokman Adam, dia menjadi pimpinan UMNO yang panas, setiap kenyataan dia ada saja pihak akan menentang terutama kritikan dia kepada Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan).

Begitu juga kenyataan kenyataan beliau terhadap Tun M yang dilihat keras.

Saya juga antara watak yang tersenyum apabila Lokman mengeluarkan kenyataan kerana saya sangat mengenali beliau.

Zahid Mat Arif sekarang dah menjadi setiausaha politik Tun M yang satu ketika dulu ada musuh nombor satu. Apa nak kata ini lah politik Malaysia.

Satu ketika Najib dan Anwar adalah idola besar bagi beliau sehingga beliau pernah jadi panglima kanan Anwar ketika bersama PKR dan juga pernah menubuhkan NGO yang namanya TIBAI untuk mempertahankan Najib dan menyerang Anwar.

Cuma sekarang sudah duduk kerusi empok dan baju jaket pun sudah agak bergaya.

Kenyataan baru dia dikecam kerana menyamakan Ahli Parlimen Sungai Petani dan Kapar sebagai anjing kurap dan anjing belaan Anwar.

Apa pun beliau adalah seorang yang sangat warna warni.

Azwanddin, Presiden JMM juga dari kelompok yang sama dari Pemuda Keadilan 98. Tidak dilihat pemimpin parti politik tapi lebih popular dengan NGO.

Semasa Kerajaan BN memerintah beliau kuat menyerang DAP dan PH dalam agenda Melayu mengunakan NGO. Sering membuat laporan polis dalam banyak isu.

Selepas Kerajaan PH menang, saya difahamkan dia sekarang disaman oleh DAP dan pimpinannya. Jika dijumlahkan bernilai RM200 juta. Barangkali itulah nilai perjuangannya menentang DAP.

Walaupun ramai yang tidak setuju dengan mereka ini, tapi mereka ada sejarah mereka sendiri dan menjadi mimpi ngeri kepada orang orang tertentu.

Ezam adalah orang yang Anwar suka satu ketika dulu dan kebelakangan ini jadi mimpi kurang enak untuk beliau.

Azmin pernah suka sekajap baru baru ini apabila Ezam buat kenyataan terbuka bahawa dia adalah pimpinan pelapis sebagai bakal PM.

Apabila minggu ini Ezam mula mempertikaikan isu video dan lantikan pengerusi Felda tiba-tiba seluruh jentera Azmin menghalakan peluru kepada Ezam begitu juga peluru Tun M.

Apapun saya mengenali mereka semua ini. Saya kagum dengan mereka ini semua kerana jika ada penulis buku politik dari zaman 1998 ke 2019, nama ini ada terselit dalam tulisan itu, walaupun mereka dituduh sampah politik.

Tapi mereka ada gunanya pada politik kepartian dan politik malaysia yang adu domba adalah pilihan semua parti.

Saya tetap kagum pada mereka kerana menjadi sebutan oleh pihak lawan dan kawan. Sebutan itu sama ada baik atau buruk, tidak menjadi isu kepada saya. – 3 Julai 2019.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.