INI betul lawak Malaysia Baharu bawah naungan Bangsa DAP.

Rakyat menderita bagai nak mati, tapi menteri pula ugut nak saman.

Itulah realiti yang berlaku di Pasir Gudang, Johor.

Pencemaran berulang kali berlaku di tempat yang sama sampaikan ribuan penduduk terancam akibat pencemaran udara yang dipercayai tercetus akibat pembuangan sisa toksik kilang-kilang di kawasan itu.

Semalam, tersebar di media sosial apabila rakyat mempersoalkan sama ada kilang ‘milik’ suami Menteri Alam Sekitar Yeo Bee Ying antara punca pencemaran itu.

Berdasarkan semakan, suami Bee Yin, Kee Yeow Seng adalah Ketua Pegawai Eksekutif IOI Properties, bukannya IOI Corporation yang mempunyai tiga kilang memproses minyak sawit di Pasir Gudang.

Bagaimanapun apa yang mengecewakan rakyat adalah menteri itu mengugut untuk menyaman rakyat yang mahukan jawapan tentang situasi semasa di Pasir Gudang termasuk pemilik sebenar tiga kilang itu.

Jika diikutkan keadaan, rakyat sebenarnya patut menyaman menteri kerana gagal menangani isu itu dengan baik dan membahayakan nyawa penduduk.

Itu yang disuarakan oleh seorang pengguna Facebook, Iza Karim.

“Harap keluarga pelajar2 yg terlibat ramai2 gi saman,” katanya dalam ruangan komen status Isham Jalil.

Seperti diluahkan Isham, tindakan rakyat bertanyakan status kilang itu bukan soal politik, tetapi soal kebertanggungjawaban dan soal keselamatan awam.

Pengerusi Jaringan Sukarelawan Malaysia itu berkata, kejadian yang sama akan terus berulang jika siasatan ke atas punca sebenar kejadian keracunan udara tidak dibuat betul-betul atau lambat dibuat kerana kilang-kilang yang mungkin terlibat tidak disiasat kerana ada konflik kepentingan.

“Rakyat bertanya dan suruh siasat betulkah syarikat berkaitan suami Menteri Alam Sekitar ini ada tiga kilang kimia di Pasir Gudang.

“Terus menteri ini melompat nak saman atau ambil tindakan undang-undang ke atas rakyat pula,” katanya. – NTHQiBord, 3 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.