AHMAD Zahid Hamidi melantik lima anggota baru Majlis Tertinggi (MT) Umno, dua hari selepas kembali menjalankan tugas sebagai presiden parti.

Mereka ialah Ketua Umno Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi; Ketua Umno Hulu Langat Johan Abd Aziz; Ketua Umno Bagan Dr Shaik Hussein Mydin; Ketua Umno Sepanggar Yaakub Khan dan Naib Ketua Umno Seputeh Mohd Razlan Muhammad Rafii.

Pelantikan tersebut diumum Setiausaha Agung Umno Annuar Musa dan berkuat kuasa serta-merta selaras dengan Fasal 9.2.8 Perlembagaan Umno.

“Adalah saya seperti diarahkan oleh Yb Datuk Seri Presiden Umno, mengumumkan pelantikan seperti berikut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mereka adalah tambahan kepada 25 Ahli MT yang dipilih perwakilan pada pemilihan UMNO 2018. – NTHQiBord, 3 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.