TERKINI, tersebar rakaman dipercayai diambil dari kamera litar tertutup (CCTV) Hotel Four Points Sandakan dan imej yang terpapar makin jelas.

Rakaman yang berdurasi 3 minit 57 saat itu yang disiarkan dalam YouTube itu bukan sahaja memperlihat Haziq tetapi orang kuat Azmin, Hilman Idham, juga kelihatan.

Turut ditampilkan adalah tarikh rakaman CCTV itu iaitu pada 11 Mei 2019, tarikh yang didakwa berlakunya kejadian semburit antara Haziq dan individu mirip Azmin.

Sebelum ini Hilman yang juga Setiausaha Politik Azmin telah membuat laporan polis mengatakan Haziq menfitnah Azmin berada di hotel tersebut.

Dalam perkembangan lain, nasib Haziq akan diketahui petang ini apabila Biro Politik PKR bermesyuarat.

Perkara itu dinyatakan Anwar Ibrahim bahawa biro itu akan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Disiplin parti selepas tempoh 14 hari menjawab surat tunjuk sebab tamat.

Haziq yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong mengakui dia adalah individu dalam video seks songasang itu sementara Azmin menafikan dia adalah individu seorang lagi. – 3 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.