KEJADIAN yang menimpa penduduk Pasir Gudang mula mencabar pemikiran waras kemanusiaan.

Akibat sudah tidak tahan lagi dengan sikap berdolak-dalik Menteri Alam Sekitar, Yeo Bee Yin, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mencabar kerajaan DAP-PH supaya menutup kilang kimia yang menyebabkan pencemaran udara di kawasannya itu.

“Sekarang saya cabar mereka (kerajaan) tutup kilang-kilang ini. Baru-baru ini ada satu, dua kilang ditutup,” katanya yang juga ahli PKR.

Menurut Hasan, di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 kerajaan dibenarkan mengambil tindakan ke atas mana-mana syarikat yang melanggar undang-undang.

Hasan, seorang peguam menyatakan nyawa rakyat lebih penting daripada keuntungan.

Sebelum ini beliau juga mencadangkan perintah berkurung di kawasan berkenaan.

Bagi Hasan, beliau mewakili rakyat dan tidak peduli sama ada partinya suka atau tidak dengan kenyataannya itu.

Dalam perkembangan lain Yeo Bee Yin menyatakan Kerajaan Perseketuan bersama dengan Kerajaan Negeri merangka enam tindakan segera.

i. Mewujudkan Stesen Pengawasan Gas Pencemar Toksik Otomatik
ii. Pembelian alat pengukuran gas toksik bergerak (GASMET)
iii. Membangunkan sistem bagi menganalisis dan menentukan carrying capacity udara di kawasan perindustrian.
iv. JAS Cawangan Pasir Gudang juga akan diwujudkan bagi meningkatkan pengawal seliaan dan penguatkuasaan.
v. MESTECC melalui JAS akan mewajibkan beberapa tindakan pematuhan baharu kepada premis industri di kawasan Pasir Gudang.
vi. MESTECC akan mengadakan program sekolah angkat oleh industri. Kemudahan seperti gas detector dan air purifier dibekalkan oleh pihak industri kepada sekolah angkat.

Daripada keenam-enam itu tiada satupun yang menjurus kepada penyelesaian punca masalah iaitu kilang-kilang terbabit.

Jadi tidak hairanlah jika Hasan bertindak mencabar supaya kilang bekenaan ditutup. – 4 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.