BERUNDURLAH Zahid!

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menggesa Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berundur demi memulihkan parti itu dan masa depan bangsa Melayu.

Beliau menganggap UMNO ibarat seorang pesakit jantung disebabkan cara hidupnya yang tidak sihat selama beberapa dekad, maka menyebabkan jantung UMNO tersumbat.

“Pada umur 72 tahun, ia kena serangan jantung, hampir mati. Tetapi, ia pulih semula. Belum dapat berjalan dengan baik, ia kena serangan lagi. Kali ini tidak ada jalan lain. Pembedahan jantung terbuka perlu dilakukan.

“Ini ujian terbesar bagi mereka (UMNO),” katanya.

Abdul Hamid berkata, keputusan Ahmad Zahid menamatkan percutiannya dan kembali semula memimpin UMNO sangat mengecewakan kerana tindakan itu akan menjejaskan pemulihan parti itu.

“Bagi saya, dengan berbuat demikian, pemulihan UMNO yang sedang berlaku bukan sahaja akan terbantut, malah akan mundur ke belakang,” katanya – NTHQiBord, 4 Julai 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.