ISU mengisytiharkan bukan masalah kepada wakil rakyat PAS. Buktinya keputusan Parlimen sebelum ini sebulat suara bersetuju dalam usul tersebut.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi

“Cuma, ketika perbahasan, tentulah timbul pelbagai pandangan yang berbeza,” kata beliau.

Bagi Che Abdullah, ketika beliau menjadi exco kerajaan negeri Kelantan dahulu, setiap masa akan isytihar harta kepada Menteri Besar Kelantan.

Namun di sebalik keputusan sebulat suara itu, Che Abdullah menekankan sepatutnya kerajaan DAP-PH menunaikan dahulu janji ke-14 dalam manifesto mereka.

Janji itu ialah mereformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan memperkasa usaha membanteras rasuah.

Termasuk dalam mereformasi itu ialah meletakkan SPRM secara langsung di bawah Parlimen.

Apa yang berlaku sekarang ialah, SPRM terletak di bawah Perdana Menteri.

Hal ini merupakan perkara besar yang disebut dalam manifesto tetapi tidak dilaksana berbanding usul isytihar harta.

“Apabila SPRM diletak di bawah Parlimen dan diberi kebebasan menjalankan tugas, walaupun tidak diwajibkan isytihar harta, tidak ada masalah.”

“SPRM boleh bertindak terhadap mana-mana wakil rakyat atau pemimpin yang didapati salahguna kuasa dan rasuah,” kata Che Abdullah.

Sekarang, SPRM diletakkan di bawah Perdana Menteri. maka berlaku pendakwaan terpilih.

Dahulu, mereka sering mengkritik UMNO-BN kerana melakukan pendakwaan terpilih.

Sekarang mereka lebih teruk daripada itu kerana bukan sahaja melakukan pendakwaan terpilih, malah kes yang sedang dibicarakan pun ditarik bailk.

Rakyat mengharapkan ia lebih baik daripada kerajaan sebelumnya, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

Dalam isu pendakwaan terpilih, bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pernah menyuarakan perkara yang sama.

Perkara itu disuarakan oleh Hishammuddin ketika disiasat dalam isu “land swap”. Beliau juga menuntut siasatan dilakukan ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-4.

Hakikatnya, kerajaan DAP-PH hari ini banyak mendahulukan perkara yang bukan janji manifesto dan ini menyebabkan pengundi berasa tertipu. – NTHQiBORD 4 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.